Silat Gayong Singa Berantai Malaysia

Seni Silat Gayong Singa Berantai Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1983 serta sah didaftarkan di bawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 241/84 di atas nama Persatuan Seni Silat Gayong Singa Berantai Negeri Kedah. Persatuan ini juga berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 menggunakan nombor pendaftaran 1443/2005.

Pada penghujung tahun 2022, beberapa mesyuarat diadakan bagi membincangkan mengenai hala tuju Silat Gayong Singa Berantai. Mesyuarat bersetuju untuk mendaftarkan Silat Gayong Singa Berantai ke peringkat kebangsaan. Oleh yang demikian, satu jawatankuasa telah dibentuk dan pada 9 Januari 2023, Gayong Singa Berantai secara rasminya dikenali sebagai Pertubuhan Seni Silat Gayong Singa Berantai Malaysia menggunakan nombor pendaftaran PPM-004-10-09012023. Gelanggang utama silat ini terletak di Kampung Perupok, Yan, Kedah Darul Aman.