Sider

Sider atau Arak Epal ialah sebuah minuman beralkohol yang dibuat daripada penapaian jus epal. Sider adalah minuman terkenal di United Kingdom serta negara tersebut merupakan pengguna tertinggi di dunia, juga mempunyai syarikat terbesar dalam pembuatan sider.

Kesemua jenis epal boleh ditapai untuk menghasilkan sider. Tambahan bahan seperti gula atau buah sebelum penampaian peringkat kedua mampu meningkat kandungan etanol. Kandungan alkohol sider di antara 1.2% ke 8.5% API. Pada tahun 2014, kajian mendapati bahawa satu pain sider mengandungi lima sudu (20.5 g) gula, menghampiri jumlah dimana PKS mengesyorkan jumlah gula bagi seorang dewasa, dan 5-10 kali jumlah gula dalam bir atau ale.

Perri ialah merupakan minuman beralkohol yang sama seperti sider cuma ia adalah penapaian jus pir.