Si Putera Kecil

Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Le Petit Prince
Le Petit Prince
Umum
PengarangAntoine de Saint-Exupéry
NegaraPerancis, Amerika Syarikat
Bahasabahasa Perancis
Penerbitan
PengilustrasiAntoine de Saint-Exupéry
Pelukis kulitAntoine de Saint-Exupéry
PenerbitGallimard (Perancis)
Institut Terjemahan Buku Malaysia (Malaysia)
Pustaka Jaya, Gramedia (Indonesia)
Tarikh penerbitan
September 1943 (Amerika Syarikat)
Halaman93
Kronologi
Pilote de guerre (1942) Lettre à un otage (1944)

Le Petit Prince ("Si Putera Kecil" dalam bahasa Perancis, tajuk-tajuk terjemahan di bawah) merupakan sebuah novel yang diterbitkan pada tahun 1943 karya Antoine de Saint-Exupéry, seorang ahli bangsawan Perancis, penulis, penyair dan perintis pemandu kapal terbang.

Novel tersebut merupakan novel keempat yang paling banyak diterjemahkan di dunia serta diundi sebagai buku yang terbaik dalam abad ke-20 di negara Perancis. Novel ini menjadi salah satu buku terbitan yang terlaris dengan terjemahan dan versi sebanyak lebih 250 bahasa dan dialek (termasuk dalam cetakan Braille) dan jualan tahunan menghampiri jumlah dua juta naskhah (membawa kepada jumlah jualan keseluruhan sebanyak lebih 140 juta seluruh dunia).

Sejak penerbitan pertamanya di Amerika Syarikat, novel tersebut telah diadaptasikan ke dalam pelbagai bentuk seni dan media termasuk rakaman audio, rancangan radio, pementasan langsung, filem, siri televisyen, balet malah juga opera.