Shreya Ghoshal

Shreya Ghoshal
Ghoshal di Anugerah Filmfare Selatan ke-62 pada 2015
Kelahiran (1984-03-12) 12 Mac 1984
WarganegaraIndia
Pusat pendidikanKolej Seni, Sains dan Perdagangan SIES
PekerjaanPenyanyi latar, penerbit muzik
Tahun aktif1998–kini
PasanganShiladitya Mukhopadhyaya (k. 2015)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikVokal
DiskografiLihat: Shreya Ghoshal discography (en)
Syarikat rakamanT-Series

Shreya Ghoshal (lahir 12 Mac 1984) ialah penyanyi latar India. Beliau telah menerima empat Anugerah Filem Kebangsaan, empat Anugerah Filem Negara Bahagian Kerala, dua Anugerah Filem Negara Bahagian Tamil Nadu, tujuh Anugerah Filmfare termasuk enam untuk Penyanyi Latar Wanita Terbaik dan 10 Anugerah Filmfare Selatan. Beliau telah merakamkan lagu untuk filem dan album muzik dalam pelbagai bahasa-bahasa India dan telah menubuhkan dirinya sendiri sebagai penyanyi latar terulung di pawagam India.

Ghoshal bercita-cita menjadi penyanyi latar dari usia muda. Pada usia empat tahun, beliau mula belajar muzik. Pada usia enam tahun, beliau memulakan latihan formalnya dalam muzik klasik. Pada usia enam belas tahun, beliau diperhatikan oleh ibu pembikin filem Sanjay Leela Bhansali ketika beliau menyertai dan memenangi rancagan realiti nyanyian televisyen Sa Re Ga Ma Pa (dipanggil Sa Re Ga Ma pada masa itu). Selepas itu, beliau membuat penampilan Bollywood pertamanya dalam nyanyian latar menerusi drama romantik Bhansali Devdas (2002) yang mana beliau menerima Anugerah Filem Kebangsaan, Anugerah Filmfare untuk Penyanyi Latar Wanita Terbaik dan Anugerah RD Burman Filmfare untuk Bakat Muzik Baru.

Selain sebagai penyanyi latar, Ghoshal muncul sebagai juri dalam beberapa rancangan realiti televisyen dan beliau juga muncul dalam video muzik. Beliau mengadakan konsert muzik di seluruh dunia. Beliau telah diberi penghormatan oleh Ohio, Amerika Syarikat, di mana Gabenor Ted Strickland mengisytiharkan 26 Jun 2010 sebagai "Hari Shreya Ghoshal". Pada April 2013, beliau mendapat penghormatan di London oleh ahli Dewan Rakyat United Kingdom yang terpilih. Beliau juga muncul sebanyai lima kali dalam senarai Forbes dari 100 selebriti terkenal dari India. Pada tahun 2017, Ghoshal menjadi penyanyi India pertama yang mempunyai patung lilinnya di Muzium Madame Tussauds.