Shire


Shire (ejaan Melayu, Syier; sebutan /ʃaɪər/, juga /ʃɪər/ ) ialah istilah tradisional untuk pembahagian tanah pentadbiran di Britania Raya dan beberapa negara berbahasa Inggeris yang lain. Ia secara umumnya sama maksud dengan kaunti (seperti Cheshire dan Worcestershire). Kaunti-kaunti Britania adalah antara bahagian negara tertua yang masih wujud di dunia.

Ia pertama kali digunakan di Wessex dari permulaan penempatan Inggeris-Saxon, dan tersebar ke sebahagian besar seluruh England pada abad ke-10. Ketika ini, 23 kaunti mempunyai akhiran "-shire" di England, 23 di Scotland dan 10 di Wales. Di beberapa bahagian luar bandar Australia, shire ialah kawasan kerajaan tempatan; walau bagaimanapun, di Australia, shire tidak sama maksud dengan kaunti, yang merupakan bahagian pentadbiran tanah.