Shiqin Kamal
Shiqin Kamal | |
|---|---|
شيقين كمال | |
| Kelahiran | Nur Ashiqin binti Mohd Kamal 25 November 1991 |
| Pendidikan | Sarjana Muda Sains Aktuari |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi Mara, Convent Bukit Nenas |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2010–kini |
Nur Ashiqin Mohd Kamal (lahir 25 November 1991) ialah seorang pelakon wanita Malaysia, yang bergiat aktif di dalam televisyen dan filem. Beliau terkenal dengan watak sebagai Emilia dan Ayu dalam filem Lagenda Budak Setan (2010) yang mana persembahan beliau menerima pujian, sekaligus meraih perhatian umum.