Shimonoseki

Shimonoseki (下関市, Shimonoseki-shi) merupakan sebuah bandar yang terletak di Prefektur Yamaguchi, Jepun.Dengan popuasi seramai 265,684 orang, ia merupakan bandar terbesar dalam Prefektur Yamaguchi dan yang kelima terbesar dalam wilayah Chugoku. Ia terletak di hujung barat daya Honshu yang menghadap Selat Tsushima di pintu masuk Selat Kanmon (juga dikenali sebagai Selat Shimonoseki) di seberang bandar Kitakyushu dan pulau Kyushu.