Shariff Dol

Shariff Dol
Shariff Dol pada 1960an.
Kelahiran
Shariff Dol bin Asnawi

1926
Meninggal dunia27 April 1979(1979-04-27) (umur 52–53)
Hospital Besar Singapura
Sebab kematianKomplikasi pelbagai jenis penyakit
DikebumikanPusara Aman, Singapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1951–1971
Terkenal keranaWatak Samseng Kampung Dusun dalam filem Seniman Bujang Lapok
PasanganAlimah Ahmad
Anak-anak10

Shariff Dol Asnawi (1926 – 27 April 1979) ialah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu pada zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura pada 1950an dan 1960an, sebahagian besarnya bersama Malay Film Productions atau MFP.

"Shariff Dol, Samseng Kampung Dusun" (tagline yang disebut orang hingga ke hari ini), begitulah terkesannya watak samseng yang dibawa oleh Shariff Dol dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan P. Ramlee pada tahun 1961.