Sharifah Sofia
Sharifah Sofia | |
|---|---|
| Kelahiran | Sharifah Sofia binti Syed Hussein 28 Julai 1985 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2001–kini |
| Pasangan | Syed Ismail Syed Ibrahim (k. 2009; c. 2019) |
| Saudara | Syed Adney Syed Hussein (adik) |
Sharifah Sofia binti Syed Hussein (lahir 28 Julai 1985) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Membesar dan menetap di Subang Jaya, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Beliau merupakan seorang pelajar dalam jurusan Diploma Seni Persembahan di Kolej Universiti Sunway (kini Universiti Sunway).