Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin PSM (Malaysia); SSTM; DGWK, DSDK (Kedah); JSM (Malaysia); AMK (Kedah). | |
|---|---|
| Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia ke-10 | |
| Dalam jawatan 28 Ogos 2006 – Disember 2013 | |
| Didahului oleh | Mohamed Salleh bin Mohamed Yasin |
| Digantikan oleh | Noor Azlan Ghazali |
| Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia | |
| Menyandang jawatan Disember 2000 | |
| Didahului oleh | Zaleha Ismail |
| Maklumat peribadi | |
| Tempat belajar |
|
| Pekerjaan | Ahli Akademik & Doktor Perubatan |
Prof. Emerita Tan Sri Dato' Seri Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin adalah tokoh pendidikan di Malaysia. Beliau adalah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (27 Ogos 2006 - 31 Disember 2013). Beliau pernah menjadi Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (2000-2004) dan Pengarah Bahagian Kualiti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2004-2005).