Sharifah Hanim

Sharifah Hanim
Kelahiran
Y.M Sharifah Hanim binti Tuanku Syed Hamzah

1935
Meninggal dunia25 November 2003 (berumur 67–68)
Sebab kematiankencing manis, darah tinggi dan hati
DikebumikanMakam Diraja Lama Arau, Perlis
PekerjaanPelakon, ahli perniagaan
Tahun aktif1965–1977
Terkenal keranaWatak Norkiah Hanum dalam filem Masam-Masam Manis
PasanganJazamudin Baharuddin (k. 1957; c. 1974)
Anak-anak2
IbuSharifah Amina binti Syed Abbas Al-Sagoff
BapaTuanku Syed Hamzah Jamalullail
SaudaraTunku Abdul Rahman (bapa saudara)

Yang Mulia Sharifah Hanim binti Tuanku Syed Hamzah atau lebih dikenali sebagai Sharifah Hanim (1935 – 25 November 2003) merupakan seorang pelakon dan ahli perniagaan yang berasal dari Arau, Perlis. Selain itu, beliau merupakan kerabat diraja Perlis dan merupakan anak perempuan pertama kepada Tuanku Syed Hamzah iaitu Raja Negeri Perlis semasa era pemerintahan Jepun. Beliau merupakan anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.