Shalin Zulkifli
| Maklumat peribadi | ||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama lahir | Shalin binti Zulkifli | |||||||||||||||||||||||||||||||
| Lahir | 28 Mac 1978 London, England | |||||||||||||||||||||||||||||||
| Tempat tinggal | Kuala Lumpur, Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||||||
| Sukan | ||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sukan | Boling | |||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
Datuk Shalin Zulkifli (lahir 28 Mac 1978) ialah seorang pemain boling 10 pin profesional Malaysia dan bekas pemain Nombor 1 Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki kedudukan #1 pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.
Shalin dilahirkan di North Islington dan menghabiskan zaman kanak-kanak beliau di Kuala Lumpur. Beliau mula bermain boling pada usia 9 tahun dan menyertai pasukan boling kebangsaan pada akhir 1980-an. Pada tahun 1991 beliau digelar Olahragawati Muda Harapan Selangor, dan pada tahun 1994 menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars.
Shalin memegang ijazah dalam Sains Sukan yang mengkhusus dalam Psikologi dan Latihan Sukan. Kini, beliau dahulu pernah memiliki dan mengendali sebuah gelanggang boling 10 pin di The Curve pada tahun 2006 hingga 2009, Mutiara Damansara.