Shake (penyanyi)

Shake
Nama lahirSheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad Bahweres
Juga dikenali
sebagai
Shake, Dato Shake
Kelahiran (1950-05-20) 20 Mei 1950
Johor Bahru, Johor
WarganegaraMalaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
Alat muzikVokal
Tahun aktif1980an
Syarikat rakamanCarrère (en)
Orlando (en)
Philips Records (mul)
Anggota keluarga/pasangan
Suami/isteriMilena Shake
Anak4
Pautan berkaitan
Tapak sesawangdatoshake.com
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Dato' Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad Bahweres atau lebih dikenali sebagai Dato' Shake (lahir 20 Mei 1950) ialah seorang penyanyi Malaysia yang mencipta nama di California.

Berketurunan Hadrami (Hadramaut, Yaman), beliau berasal dari Johor namun kini tinggal di Beverly Hills, California dengan isterinya Datin Milena dan mereka memiliki empat anak. Beliau datang daripada keluarga besar empat lelaki dan lima perempuan, di mana beliau merupakan yang ketiga. Abang beliau, Sheikh Abu Bakar Sheikh Ahmad merupakan pemilik SBBS Music Centre; kedai muzik terawal di Johor Bahru. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada menteri Azalina Othman Said.