Shad Saleem Faruqi

Shad Saleem Faruqi atau gelaran jolokannya "Prof. Shad" adalah profesor undang-undang Malaysia dan juga berkhidmat sebagai penasihat undang-undang di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam, Selangor. Beliau juga pernah berkhidmat di fakulti undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini sebagai Pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya.