Sfera cakerawala
Dalam bidang-bidang ilmu falak dan pelayaran, sfera cakerawala (Jawi: سفيرا چکراوالا) atau sfera samawi (Jawi: سفيرا سماوي) ialah sfera yang dibayangkan mempunyai jejari yang besar dan berpusat di Bumi. Semua objek di langit pemerhati boleh dianggap seperti yang diunjurkan ke permukaan dalam sfera cakerawala, seolah-olah berada di bawah kubah atau layar hemisfera. Sfera cakerawala adalah alatan yang praktikal untuk falak sfera, dimana ia membenarkan si pemerhati untuk memplot kedudukan objek di langit apabila jaraknya tidak diketahui atau tidak penting.