Seter

Seter ialah sejenis gundog yang paling kerap digunakan untuk pemburuan buruan seperti puyuh, pheasant, dan geros.

Di United Kingdom, keempat-empat baka seter, bersama-sama dengan anjing penuding Inggeris, biasanya membentuk subkumpulan dalam kumpulan gundog kerana mengongsi fungsi bersama. Walau bagaimanapun, baka seter masing-masing mempunyai perbezaan halus dari segi kepala, tulang, dan isi.

American Kennel Club dan Canadian Kennel Club mengelaskan baka ini dalam Kumpulan Sukan. Seter dari susur galur pertunjukan biasanya dianggap lebih berat dan lebih besar daripada susur galur 'pekerja'.