Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud
Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (lebih dikenali sebagai SESMA) merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia. Sekolah ini terletak di Wakaf Tembesu, Kuala Nerus iaitu di antara Kolej Vokasional Wakaf Tembesu dan Sekolah Menengah Teknik Terengganu. Sekolah ini juga dikenali sebagai Sekolah Sultan Mahmud.
| Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Sultan Mahmud Science School | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Jalan Gong Badak, 21300, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman Malaysia | |
| Maklumat | |
| Nama lama | Sekolah Menengah Sains Terengganu (1973-1982) Sekolah Sultan Mahmud (1982-1995) |
| Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh |
| Moto | Disiplin, Kualiti, Dedikasi ("Discipline, Quality, Dedication") |
| Ditubuhkan | 1973 |
| Nombor sekolah | 09-6664214 |
| Kod sekolah | TEE3105 (Kod Lama) TEE7001, |
| Pengerusi PIBG | Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozaini |
| Pengetua | Pn Hayati binti A. Rahman |
| Jumlah penuntut | 600 (Anggaran) |
| Penuntut tingkatan enam | Tiada |
| Kelas | 5 (setiap tingkatan) |
| Kelas ditawarkan | Sains Tulen, Prinsip Perakaunan |
| Bahasa | Melayu, Inggeris, Perancis, Arab, Jepun, Cina |
| Warna | Merah & Kuning |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn Che Wan Junaidah Che Wan Ahmad |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Nurlina Isa |
| Penolong Kanan Kokurikulum | En. Wan Mazri bin Muhammad |
| Faks | 09-6664644 |
| Laman sesawang | https://sesma.edu.my/ |
Ia ditubuhkan pada tahun 1973 dengan nama Sekolah Menengah Sains Terengganu bertujuan menampung keperluan pelajar yang ingin mengambil jurusan Sains sebagai bidang yang ingin diceburi pada masa depan terutama kepada pelajar luar bandar. Selain itu, pembukaan sekolah ini bertujuan untuk memberi satu suasana hidup di asrama yang terkawal bagi melatih pelajar-pelajar hidup didalam satu masyarakat kecil yang berdisiplin, berdikari, bekerjasama dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Sekolah ini merupakan 11 sekolah premier di Malaysia dan dinobatkan sebagai School of Global Excellence (SGE)