Serunding

Serundeng
Serundeng daging, Daging goreng dengan kelapa parut tumis pedas berempah
JenisMakanan 
Jenis sajianHidangan utama atau snek
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantau
Suhu penghidanganSuhu bilik
Bahan utamaKelapa parut yang dibumbui dengan ramuan rempah, ditumis sehingga garing, lalu ditaburkan di atas hidangan lain seperti daging goreng, soto, ataupun pulut.
Bahan yang biasa digunakanKelapa, Lengkuas, daun serai, Indonesian bay leaf, coriander seed, bawang merah, bawang putih, Gula Melaka 
sunting · sunting di Wikidata

Serondeng atau Serundeng (dalam Hanacaraka, ꦱꦿꦸꦤ꧀ꦢꦺꦁ ' srundèng ') merujuk kepada lauk sampingan atau kondimen Jawa berupa kelapa parut berempah yang berasal dari Indonesia dan digunakan sebagai pelengkap kepada nasi. Rasa serondeng boleh sahaja manis ataupun pedas-berempah, bergantung pada variasi resipi yang digunakan.

Varian yang paling dikenal luas ialah olahan Indonesia berupa kelapa parut yang ditumis bersama ramuan rempah serta bahan-bahan lain . Kelapa parut yang digoreng kering dengan ramuan rempah ini boleh dicampurkan dengan kacang tanah untuk dijadikan kondimen untuk menambah rasa atau dijadikan hiasan taburan di atas hidangan beras seperti nasi putih, lontong, pulut ketan, dan burasa; ataupun dihidangkan bersama sup tradisional seperti soto.

Serondeng turut boleh ditakrifkan sebagai suatu hidangan tersendiri apabila digabungkan dengan bahan utama seperti dalam ‘serundeng daging’, iaitu daging goreng—lazimnya daging lembu—yang dihidangkan bersama kelapa parut berempah goreng kering ini.

Baik serunding mahupun serundeng, kedua-duanya adalah ejaan yang salah. Sekiranya anda mampu, sila gantikan tajuk tersebut dengan ejaan yang betul.