Serigala jadian

Dalam cerita rakyat, serigala jadian adalah manusia yang berkebolehan menukar rupa diri menjadi serigala. Mereka dikatakan wujud apabila manusia biasa yang terkena cakaran atau gigitan serigala, masih hidup, lalu menjadi serigala jadian.

Tubuh serigala jadian diliputi dengan bulu dan kepala menyerupai serigala. Ia bertukar menjadi serigala apabila waktu bulan mengambang. Segala perwatakan mereka adalah serigala dan tiada ciri-ciri manusia. Memakan daging manusia dan haiwan.