Pokok Bunga Seri Pagi

Seri pagi (bahasa Inggeris:Morning glory) ialah nama biasa untuk lebih 1,000 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Convolvulaceae, yang taksonomi dan pengelasannya sekarang berubah-ubah. Spesies seri pagi tergolong dalam banyak genus, sebahagian daripadanya ialah:

  • Calystegia
  • Convolvulus
  • Ipomoea
  • Merremia
  • Rivea
  • Astripomoea
  • Operculina
  • Stictocardia
  • Argyreia
  • Lepistemon