Shebby Singh

Shebby Singh
Maklumat peribadi
Nama penuh Serbegeth Singh
Tarikh lahir (1960-08-20)20 Ogos 1960
Tempat lahir Kluang, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Tarikh kematian 12 Januari 2022(2022-01-12) (umur 61)
Tempat kematian Johor, Malaysia
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pertahanan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1978–1983 Johor FA
1984–1990 Kuala Lumpur FA
1991–1992 Pahang FA
1993–1994 Kuala Lumpur FA
1994–1995 Negeri Sembilan FA
1995–1996 Perak FA
Pasukan kebangsaan
1982–1991 Malaysia
Pasukan diurus
2007 Melaka TMFC (jurulatih sementara)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh (Bahasa Panjabi: ਸਰਬੇਤਥ ਸਿੰਘ; 20 Ogos 1960 – 12 Januari 2022) merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia berketurunan Punjabi dari 1978 hingga 1996. Beliau juga merupakan kapten Kuala Lumpur F.A. membantu pasukan berkenaan menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989.

Kerjayanya di dalam liga bola sepak Malaysia telah berlangsung kira kira lapan belas tahun daripada 1978-96. Beliau telah memenangi banyak anugerah tempatan, termasuklah Piala Malaysia, Piala FA Malaysia dan kejohanan Liga Malaysia. Beliah pernah bermain menentang Bayern Munich, Hamburg SV, Aston Villa dan Newcastle. Beliau pernah menjadi pengulas sukan di saluran Astro - ESPN. Beliau juga pernah menjadi jurulatih untuk pasukan MyTeam, sebuah pasukan bola sepak realiti TV pada tahun 2006-2007 dan juga kelab Telekom Melaka. Malah, beliau juga pernah berada dalam jawatankuasa pengurusan bola sepak kebangsaan FAM pada 2004.

Pada 19 Jun 2012, beliau memegang jawatan Penasihat Global dan Pengarah Bola Sepak Blackburn Rovers F.C., sebuah kelab bola sepak terkemuka di Liga Inggeris / kelab divisyen satu England. Pelantikan beliau dilaporkan oleh akhbar 'Daily Mail' United Kingdom dan disahkan oleh pemilik kelab, Venky's (India) Limited.