Serangan Iraq ke atas Kuwait

Serangan Iraq ke atas Kuwait
Sebahagian daripada Perang Teluk dan Konflik Teluk Parsi
Tarikh2–3 Ogos 1990
(2 hari)
Lokasi
Keputusan

Kemenangan Iraq

  • Negara boneka dengan sokongan Iraq diasaskan
  • Permulaan Perang Teluk
Pihak yang terlibat
Iraq Kuwait
Komandan dan pemimpin
Saddam Hussein Jaber III
Kekuatan
88,000

Tentera Darat Kuwait 16,000
Tentera Udara Kuwait 2,200
Tentera Laut Kuwait 1,800

Pengawal Kebangsaan Kuwait
Polis Kuwait

Para kontraktor Amerika Syarikat
Kerugian dan korban
39 pesawat (aggr.)
295 mati, 361 cedera
≈120 kereta kebal dan kenderaan berperisai
4 buah kapal karam
57 pesawat musnah
Sekurang-kurangnya 8 buah pesawat ditawan (Mirage F1)
4,200 mati
12,000 ditawan
≈200 kereta kebal musnah/ditawan
850+ kereta berperisai lain musnah/ditawan
17 kapal karam, 6 ditawan

Serangan ke atas Kuwait yang terjadi pada 2 Ogos, 1990 merujuk pada operasi selama dua hari yang dilakukan oleh Iraq ke atas jirannya iaitu Kuwait, yang mengakibatkan pendudukan Iraq di Kuwait selama tujuh bulan. Serangan ini dan keengganan Iraq untuk berundur daripada Kuwait berdasarkan tarikh akhir yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu membawa kepada campur tangan tentera Pasukan Bersekutu PBB yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Peristiwa ini dikenali sebagai Perang Teluk pertama dan mengakibatkan pengusiran tentera Iraq daripada Kuwait dan kebakaran di lebih 600 buah telaga minyak.

Pada awal tahun 1990, Iraq telah menuduh Kuwait mencuri petroleum Iraq melalui penggerudian condong, walaubagaimanapun beberapa sumber Iraq menunjukan keputusan Saddam Hussein untuk menyerang Kuwait telah dibuat beberapa bulan sebelum serangan sebenar dilakukan. Terdapat beberapa sebab lain yang menyokong tindakan Iraq termasuk ketidakupayaan Iraq untuk membayar semula lebih AS$14 bilion yang telah dipinjam untuk membiayai Perang Iran–Iraq, dan kadar pengeluaran petroleum yang lebih tinggi oleh Kuwait menurunkan pendapatan kepada Iraq. Serangan ini bermula pada 2 Ogos 1990, dan dalam masa dua hari kebanyakan Angkatan Tentera Kuwait telah berjaya dikalahkan oleh Pengawal Republik Iraq atau berundur ke negara jiran Arab Saudi dan Bahrain. Kuwait kemudian diilhak, dan Saddam Hussein mengumumkan beberapa hari kemudian bahawa ia menjadi wilayah ke-19 di Iraq.