Serangan Abqaiq–Khurais 2019


Serangan Abqaiq–Khurais 2019
Sebahagian dari Konflik sempadan Arab Saudi–Yaman (limpahan Perang Saudara Yaman) dan Krisis Teluk Parsi 2019

Peta dan imej satelit kemudahan loji di Abqaiq (Baqyaq dalam Arab) dan Khurais
Jenis Serangan dron
Serangan peluru berpandu (berdasarkan pada para pegawai Arab Saudi dan Amerika Syarikat)
Lokasi Abqaiq dan Khurais, Arab Saudi
25°55′43″N 49°41′09″E / 25.92861°N 49.68583°E / 25.92861; 49.68583
Sasaran Kemudahan Saudi Aramco
Tarikh 14 September 2019
04:00 pagi (SAST, UTC+3)
Pelaksanaan oleh Houthi (mendakwa bertanggungjawab)
 Iran (didakwa oleh para pegawai A.S.; dinafikan oleh Iran)
Hasil *Kerosakan pada loji penapisan minyak
  • Eksport minyak Aramco turun sebanyak 5.7 juta tong sehari
  • Kejatuhan pasaran saham Saudi, ekoran kejatuhan pengeluaran minyak Saudi
  • Kenaikan harga minyak di dunia
  • Aramco akan menyambung pengeluaran minyak beberapa minggu selepas serangan
Korban/Kecederaan 0 terbunuh
tidak diketahui cedera

Pada 14 September 2019, satu serangan dron telah terjadi yang menyasarkan kemudahan pemprosesan minyak milik negara Saudi Aramco di Abqaiq (Biqayq dalam bahasa Arab) dan Khurais di timur Arab Saudi. Pergerakan Houthi di Yaman mendakwa bertanggungjawab, berkait rapat dengan peristiwa yang berlaku campur tangan Arab Saudi dalam perang saudara Yaman. Bagaimanapun, para pegawai Arab Saudi mendakwa bahawa dron dan peluru berpandu yang telah digunakan dalam serangan ini dikeluarkan oleh Iran. Para pegawai Amerika Syarikat menegaskan bahawa serangan ini berasal daripada Iran. Iran telah menafikan sebarang penglibatan dalam serangan ini. Situasi ini telah memburukan lagi krisis Teluk Parsi.

Serangan ini menyebabkan kebakaran besar di loji penapisan di mana berdasarkan pada Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, berjaya dipadamkan beberapa jam kemudian. Kedua-dua loji ini ditutup untuk kerja-kerja pembaikkan, mengakibatkan kejatuhan pengeluaran minyak Arab Saudi kira-kira 5% daripada pengeluaran minyak dunia – dan menyebabkan ketidak stabilan pasaran kewangan dunia. Kementerian Tenaga Arab Saudi menyatakan bahawa kemudahan ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada akhir September, dan Arab Saudi akan menggunakan simpanan minyaknya untuk mengekalkan eksport untuk tempoh sementara.