Seramik Cina

Seramik Cina telah berkembang secara berterusan sejak zaman sebelum dinasti Cina bermula dan merupakan salah satu bentuk seni paling penting dalam seni Cina. China kaya dengan bahan mentah yang diperlukan untuk menghasilkan seramik. Seramik terawal dihasilkan pada zaman Paleolitik.

Hasil seramik Cina meliputi bahan binaan seperti bata dan jubin, tembikar buatan tangan yang dibakar menggunakan unggun api atau tanur, dan juga porselin Cina yang halus dan canggih untuk kegunaan istana maharaja. China telah memegang monopoli dalam pengeluaran porselin selama berabad-abad, dan dalam bahasa Inggeris, porselin juga sering dipanggil sebagai "fine china".