Senarai objek Messier
Objek Messier merupakan satu set 110 objek astronomi terkatalog oleh ahli falak Perancis Charles Messier dalam karya beliau "Catalogue des Nébuleuses et des Amas d'Étoiles" ("Katalog Nebula dan Gugusan Bintang"). Versi awal pertama muncul dalam Memoirs Akademi Sains Perancis pada tahun 1771 dan item terakhir telah ditambah pada tahun 1966 oleh Kenneth Glyn Jones, berdasarkan pemerhatian Messier. Versi pertama katalog Messier mengandungi 45 objek dan diterbitkan pada tahun 1774 dalam jurnal Akademi Sains Perancis di Paris. Sebagai tambahan kepada penemuan beliau sendiri, versi ini mengandungi objek-objek yang diperhati sebelum ini oleh ahli falak yang lain, dengan hanya 17 daripada 45 objek milik Messier. Menjelang tahun 1780, katalog ini telah meningkat kepada 80 objek dan versi terakhir katalog ini diterbitkan pada tahun 1781; dalam isu tahun 1784 Connaissance des Temps ia mengandungi 103 objek. Walau bagaimanapun, penambahan Messier 102 dianggap salah sekian lama namun jumlahnya tetap 102. Para ahli falak yang lain, menggunakan nota tepi dalam teks Messier, eventually filled out the list up to 110 objek.
Katalog ini mengandungi berbagai-bagai jenis objek astronomi, termasuk gugusan bintang, nebula dan galaksi. Messier 1 ialah remah supernova Nebula Ketam dan the great spiral Galaksi Puteri Teratai pilin besar ialah M 31. Pemasukan-pemasukan yang lain berikutan pada abad seterusnya apabila penambahan pertama datang daripada Nicolas Camille Flammarion pada tahun 1921, yang menambah Messier 104 setelah menjumpai nota tepi Messier dalam contoh edisi 1781 katalog beliau. M105 hingga M107 ditambah oleh Helen Sawyer Hogg pada tahun 1947, M108 dan M109 oleh Owen Gingerich pada tahun 1960 dan M110 oleh Kenneth Glyn Jones pada tahun 1967.
Disebabkan Messier hanya minat dalam mencari komet, beliau mencipta senarai objek bukan komet yang mematahkan pemburuan beliau untuknya. Penyusunan senarai ini, dengan kerjasama pembantu beliau Pierre Méchain, dikenali sebagai katalog Messier. Katalog objek ini merupakan salah satu daripada senarai terkenal bagi objek astronomi dan banyak objek Messier masih dirujuk mengikut nombor Messier.