Senarai filem terbitan Malay Film Productions

Malay Film Productions (MFP), juga dikenali sebagai Studio Jalan Ampas atau Shaw Studio, merupakan bekas studio filem Singapura yang terletak di Jalan Ampas, Balestier. Studio ini beroperasi dari 1943 sehingga 1967 dengan lebih daripada 160 filem dihasilkan, dan merupakan penyumbang utama kepada Zaman Keemasan Pawagam Melayu. Sebilangan besar filem terbitannya mendapat pujian kritis, sebahagian besar daripadanya melibatkan P. Ramlee sebagai pelakon, pengarah, penulis atau komposer. Filem pertama yang dikeluarkan oleh studio ini ialah filem Singapura di Waktu Malam (1947) dan yang terakhir ialah Raja Bersiong (1968).

Berikut merupakan senarai filem terbitan MFP yang tidak lengkap dan akan ditambah dari semasa ke semasa.