Senarai episod Ultraman Orb: The Origin Saga

Ultraman Orb: The Origin Saga (ウルトラマンオーブ THE ORIGIN SAGA, Urutoraman Ōbu Ji Orijin Sāga) ialah siri web tokusatsu Jepun tahun 2016-2017, berfungsi sebagai spin-off ataupun prekuel bagi Siri Ultra tahun 2016, Ultraman Orb. Siri ini dimuat naik secara eksklusif dalam Amazon Video di Jepun bermula 26 Disember 2016 dan dirancang untuk dimuat naik di seluruh dunia, dengan sari kata Bahasa Inggeris dan Jerman disediakan untuk penonton antarabangsa.