Senarai album paling laris

Ini ialah senarai album-album terlaris di dunia sepanjang zaman.

Album Michael Jackson, Thriller merupakan album terlaris sepanjang zaman, dan dijangka telah dijual sebanyak 51 ke 65 juta salinan di seluruh dunia. Walaupun ada jangkaan bahawa jualan Thriller telah mencapai 100 juta salinan, namun jangkaan ini tidak boleh dipakai. Michael Jackson buat masa ini mempunyai jumlah album terbanyak dalam senarai ini dengan lima buah album, manakala The Beatles, Madonna dan Whitney Houston masing-masing ada tiga.