Senapang

Senapang (disebut [sĕ.na.pang], Jawi: سناڤڠ) ialah sejenis senjata api terdiri daripada suatu laras panjang – lebih besar dan panjang daripada pistol dan lebih kecil serta pendek daripada meriam – yang diisi dengan peluru.

Perkataan ini meminjam dari Belanda: snappaan iaitu sejenis senjata api mudah alih berlaras panjang dan berkancing batu api yang agak berbeza daripada apa yang biasa diketahui masyarakat setempat pada ketika itu; ia datang dari cara senjata ini digunakan dengan menarik (snappen) bahagian kancing jenis sebegitu (haan).