Sempadan mencapah
Dalam tektonik plat, sempadan mencapah atau sempadan keping mencapah (juga dikenali sebagai sempadan membina atau sempadan perluasan) ialah ciri linear yang wujud antara dua plat tektonik yang saling bergerak menjauh. Sempadan mencapah di dalam benua asalnya menghasilkan rengkahan, yang akhirnya menjadi lembah rengkahan. Kebanyakan sempadan keping mencapah aktif berlaku di antara keping lautan dan wujud sebagai permatang lautan tengah.