Sembunyi (lagu Misha Omar dan Andy Flop Poppy)

"Sembunyi"
Single oleh Misha Omar & Andy Flop Poppy
daripada album Misha Omar
Dilancarkan20 Mac 2007
FormatAirplay, CD
GenrePop,Rock
Panjang3:47
SyarikatSony Music Entertainment Malaysia
PenggubahAidit Alfian
Penulis seni kataLoloq
PenerbitRamli M. S.
Kronologi single Single oleh Misha Omar
""Cinta"
(2006)"
"Sembunyi" ""Jawapanmu"
(2008)"
Kronologi single single oleh Flop Poppy
"Sewaktu Dulu"
(2006)
"Sembunyi"
(2007)
"Stesyen Terakhir"
(2007)
sunting · sunting di Wikidata

Sembunyi (Inggeris: "Conceal") merupakan single kedua petikan album Misha Omar nyanyian penyanyi Misha Omar yang berduet dengan Andy dari Flop Poppy. Lagu ini mula diperdengarkan pada tahun 2007.

Lagu ini pada asalnya dicipta untuk album kedua Misha dan perancangan asal adalah untuk berduet dengan Ibrahim Imran(Baim) yang merupakan vokalid kumpulan Ada Band dari Indonesia. Namun perancangan ini tidak berhasil dan Sony BMG memilih Andy dari kumpulan Flop Poppy sebagai gandingan baharu Misha setelah menolak 3 lagi penyanyi untuk berduet dengan Misha.

Andy hanya merakamkan lagu ini di studio selama 30 minit secara berasingan dengan Misha setelah diberi tunjuk ajar oleh komposer Aidit Alfian. Menurut Andy, beliau menerima pelawaan merakamkan lagu ini kerana persahabatannya dengan Aidit dan juga rasa hormatnya kepada Loloq yang banyak membantu kumpulan Flop Poppy.