Sembilan busur
Sembilan Busur ialah nama yang digunakan di zaman Mesir Purba yang merujuk kepada musuh-musuh negeri Mesir. Kaum-kaum yang ada dalam gelaran ini berubah ansur dan tiada sebarang senarai yang mengatakan siapa sahaja Sembilan Busur ini. Apabila Sembilan Busur digambarkan sebagai manusia, mereka biasanya berpakaian lain dari satu sama lain kerana mereka mewakili musuh-musuh yang berbeza.