Semaq Beri
Semaq Bri / Semoq Beri | |
|---|---|
| Jumlah penduduk | |
| 2,400 (2014) | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Malaysia (Pahang dan Terengganu) | |
| Bahasa | |
| Bahasa Semaq Beri, Bahasa Melayu | |
| Agama | |
| Animisme (utama), Islam, Kristian | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| Semelai, Mahmeri, Temoq |
Semaq Beri ialah salah satu daripada kumpulan Orang Asli berketurunan Senoi yang menetap di kawasan Pahang dan Terengganu, Semenanjung Malaysia. Sesetengah orang Semaq Beri hidup secara nomad dengan gaya hidup pemburu pengumpul, tetapi ada yang separa nomad dan menjalani perlandangan serta pertanian pindah, dan yang hidup secara tetap lazimnya menjalani perladangan. Bahasa mereka, bahasa Semaq Beri ialah sejenis bahasa Austro-Asia di bawah rumpun bahasa Semelai dalam kumpulan bahasa asli.