Seluruh Cinta
|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
- B0C4DE;" | Senarai runut Fragmen versi Indonesia
|- | colspan="3" |
| "Seluruh Cinta" | ||||
|---|---|---|---|---|
| Single oleh Siti Nurhaliza dan Cakra Khan | ||||
| daripada album Fragmen | ||||
| Dilancarkan | 21 Oktober 2014 (Digital) 20 Oktober 2014 (Persembahan secara langsung) | |||
| Dirakamkan |
| |||
| Format | Muat turun digital | |||
| Genre | Pop | |||
| Panjang | 4:10 | |||
| Syarikat | Siti Nurhaliza Productions MyMusic Records Universal Music Indonesia | |||
| Penulis | Krishna Balagita | |||
| Penerbit | Krishna Balagita | |||
| Kronologi Kronologi single Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
| Kronologi single single Cakra Khan | ||||
| ||||
| "Seluruh Cinta" (Trek 1) |
"Terbaik Bagimu" (Trek 2) |
Seluruh Cinta ialah sebuah lagu kolaborasi oleh penyanyi Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi Indonesia Cakra Khan yang dikeluarkan pada 21 Oktober 2014. Lagu ini merupakan yang pertama dikeluarkan di Indonesia sebagai sebahagian daripada versi Indonesia album ke-17 Siti, Fragmen. Seluruh Cinta juga menjadi single pertama untuk album Fragmen bagi pasaran Indonesia. Siti dan Cakra pertama kali bertemu semasa Anugerah Planet Muzik 2013 dimana mereka menyanyikan bersama lagu nyanyian Cakra, Harus Terpisah.
Kerjasama itu mula terjalin apabila Siti telah ditawarkan oleh Universal Music Indonesia untuk melakukan duet dengan mana-mana penyanyi Indonesia pilihannya sebelum akhirnya memilih Cakra sebagai pasangan duet. Digubah oleh Krishna Balagita, mereka merakamkan lagu itu pada 29 Mei 2014 di MyMusic Records di Jakarta Selatan, Indonesia dalam masa 4 jam.
Lagu ini diperdengarkan pertama kali semasa rancangan khas sempena ulangtahun MNCTV ke-23, “Persembahan Cinta MNCTV 23” pada 20 Oktober 2014. Pada 2015, lagu ini dipilih menjadi lagu tema filem Suamiku Encik Perfect 10.