Sel tunjang hematopoiesis

Sel dasar hematopoietik
Gambaran keseluruhan haematopoiesis manusia biasa
Butiran
PendahuluHemangioblas
SistemSistem hematopoietik
LokasiSumsum tulang
FungsiSel dasar yang menimbulkan sel darah yang lain
Pengenalpastian
nama bahasa LatinCellula haematopoietica praecursoria
AkronimHSC
MeSHD006412
THH2.00.01.0.00006
Istilah anatomi mikroanatomi

Sel dasar hematopoietik (HSC, bahasa Inggeris: hematopoietic stem cell) ialah sel dasar yang menimbulkan sel darah yang lain. Proses tersebut dipanggil hematopoiesis. Dalam vertebrat, HSC muktamad yang pertama timbul daripada dinding endotelium ventral aorta embrio di dalam kawasan aorta-gonad-mesonefros (gestasi tengah), melalui proses yang dikenali sebagai peralihan endotelium-ke-hematopoietik. Di dalam orang dewasa, hematopoiesis berlaku di sumsum tulang merah, di teras kebanyakan tulang. Sumsum tulang merah terbit daripada lapisan embrio yang dipanggil mesoderma.