Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka
| Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka Malacca High School 马六甲高等中学 | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Jalan Chan Koon Cheng, 75000, Melaka Tengah, Melaka Bandaraya Bersejarah Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Harian Berasrama |
| Moto | Meliora hic sequamur Latin : Here let us strive for better things |
| Autoriti pendidikan | PPD Melaka Tengah |
| Kod sekolah | MEB2090 |
| Pengerusi PIBG | En.Firdausi Hazmi Bin Yaamah |
| Pengetua | Tn. Hj. Johan bin Othman |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Cik Koh Siew Keng |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Salmah Binti Mohamad |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Awanis Binti Md Salleh |
| Laman sesawang | [1] |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka atau lebih dikenali sebagai Sekolah Tinggi Melaka (MHS) merupakan sekolah kedua tertua di Malaysia setelah Penang Free School. Sekolah yang kini megah berdiri di Jalan Chan Koon Cheng, Melaka ini telah melahirkan ramai anak Malaysia yang kini namanya gah dalam mahupun luar negara menerusi bidang masing-masing. Malah beberapa kejayaan dalam mahupun luar negara telah beberapa kali dikecapi sehingga ke hari ini. Malah, pelbagai pengiktirafan telah diterima oleh SMK Tinggi Melaka antaranya sebagai salah satu sekolah premier di Malaysia, dan Anugerah Sekolah Cemerlang (Kategori Lonjakan Saujana SPM). Baru baru ini SMK Tinggi Melaka telah diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan di Malaysia.
Pada 1926, sambutan 100 tahun sekolah.
Pada 2026, sambutan 200 tahun sekolah.