Sekolah Menengah Sains Seri Puteri

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri
Lokasi
Kuala Lumpur, Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh (SBP)
MotoProaktif Inovatif Efektif
Nombor sekolah(+6)03-40411715
PengetuaPn Norzila bt Ali Musa
GPK Pentadbiran dan AkademikPn Hjh Aida binti Aris
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Azlina binti Md Ali
Penolong Kanan KokurikulumPn Norliza binti M. Yusof
Faks(+6)03-40449614
Laman sesawanghttp://www.seseri.edu.my


Sekolah Menengah Sains Seri Puteri atau lebih dikenali sebagai SESERI ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia yang terletak berhadapan dengan bangunan PWTC di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Sains Seri Puteri telah dibuka pada 1 April 2003 dengan mengambil alih premis Sekolah Seri Puteri yang telah berpindah ke Cyberjaya, Selangor. Sekolah ini merupakan Sekolah Berasrama Penuh yang ke-46 dan sekolah kelima di Malaysia yang pelajarnya terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Sekolah ini merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia dan pernah beberapa kali menduduki carta 10 sekolah terbaik dalam negara, terakhir sekali pada tahun 2022 bagi keputusan SPM 2021.

Sekolah ini mengandungi 3 buah blok bangunan iaitu blok pentadbiran, blok akademik dan blok makmal sains. Terdapat juga Dewan Sekolah yang dinamakan Dewan Gemala Puteri, Kantin dan gelanggang permainan yang dipanggil Gelanggang Anggerik Sari. Di kawasan asrama pula terdapat 3 buah blok asrama, satu blok surau serta sebuah Dewan Graha Puri yang merupakan dewan makan untuk para pelajar.

Nama SESERI sinonim dengan bunga orkid. Setiap kelas di SESERI diberi nama berdasarkan nama saintifik bunga orkid iaitu Adioda, Bakerara, Cattleya, Dorisia, Eliara, Fialaara, Helpilia dan Gastisia. Pada tahun 2016, kelas di SESERI telah berkurangan kepada 3 kelas yang diberikan nama Adioda, Bakerara dan Cattleya. Begitu juga dengan nama rumah sukan: EPIDENDRIUM (oren), ONCIDIUM (kuning), DENDROBIUM (merah), dan BRASSIDIUM (hijau).