Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad
| Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad. | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Km 2 Jalan Tampin, 72000, Kuala Pilah,, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia | |
| Maklumat | |
| Nama lain | Sekolah Tuanku Muhammad, Tuanku Muhammad School, TMS. |
| Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, Pusat Tingkatan Enam. |
| Moto | Knowledge Is Power (1933-sekarang), Domus Floreat (May This House Flourish) (1914-1933), |
| Ditubuhkan | 1914 |
| Sekolah kembar | Maktab Sultan Abu Bakar (EC) Johor Bahru & Sekolah Tinggi Batu Pahat (HSBP) ditubuhkan pada tahun yang sama dengan TMS. SMK Clifford (Perak), mempunyai bangunan yang hampir sama dengan TMS. |
| Autoriti pendidikan | Kuala Pilah |
| Kod sekolah | NEB1081 |
| Pengerusi PIBG | Dato' Hanafi bin Sulaiman |
| Pengetua | EN. NOR AMAI SHAM BIN MOHD NOR |
| Tenaga pengajar | 75 (3 Pendidikan Khas, 43 Aliran Perdana, 29 Tingkatan Enam) |
| Jumlah penuntut | 759 |
| Kelas | Tingkatan 1-3 (15). Tingkatan 4-5 (10). Tingkatan 6 (6) |
| Bilik kelas | USM , UM , UKM , UTM ,UPM |
| Warna | Biru dan putih. |
| Slogan | Think Best, Think TMS. (TMS TERBAIK) |
| Lagu | Ilmu Teramat Teguh Setianya |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | En Mohamad Hazrin Bin Mazly |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Hisham Bin Ismail |
| Penolong Kanan Kokurikulum | En Azizul Bin Mohd Isa |
| Faks | 6064819043 |
Sekolah Tuanku Muhammad (TMS) telah ditubuhkan pada tahun 1914, sama tahun dengan Maktab Sultan Abu Bakar & High School Batu Pahat. TMS merupakan sekolah kedua tertua di Negeri Sembilan. TMS mempunyai dua buah bangunan bersejarah, iaitu Bangunan Warisan & bangunan Old Hostel berbentuk huruf E. Kedua-dua bangunan ini dibina pada tahun 1930 & 1938, dan diiktiraf sebagai Bangunan Warisan & Terpelihara di Negeri Sembilan. Sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh terkemuka. Sekolah ini juga bekas sekolah lelaki sehingga tahun 2000, dan juga merupakan sekolah berstatus Premier di Kuala Pilah. Sekolah ini juga pernah dijadikan ibu pejabat bagi penjajah Jepun di Kuala Pilah & markas "Kempeitai". Pada tahun 2014 sekolah ini telah menyambut ulang tahun ke-100, dan pada tahun 2016 sebuah tugu telah dibina di hadapan "White House" oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Alumni TMS yang mendapat pendidikan rendah & menengahnya di sini.