Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Hwa, Pantai Acheh
| Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Hwa | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Malaysia Pantai Acheh, 11010, Balik Pulau,, Mutiara Timur Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah jenis kebangsaan Cina, Sekolah kerajaan |
| Nombor sekolah | 6048662327 |
| Kod sekolah | PBC3017 |
| Faks | 6048662327 |
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Hwa atau nama ringkasnya SJKC Chin Hwa, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Pantai Acheh,Balik Pulau, Pulau Pinang. Pengasas sekolah ialah Encik Lau Tai Chim. Beliau memulakan usaha mengumpul dana pada tahun 1939 untuk menubuh sebuah sekolah rendah dan diberi nama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chin Hwa. Disebabkan lokasinya yang terpencil, jarang sekali ada orang luar yang datang melawat. Penduduk-penduduk di kampung nelayan tradisional ini juga semakin berhijrah ke bandar kerana tidak menemui peluang kerjaya dan pembangunan yang lebih baik. Sehubungan itu, jumlah penduduk berkurangan secara beransur-ansur, lantasnya sekolah ini turut menghadapi masalah kekurangan sumber murid dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Dewasa ini, Sekolah Chin Hwa hanya ada 23 orang pelajar dan 7 orang guru. Tanpa tindakan strategik, masa depan SJKC Chin Hwa akan menjadi sungguh merisaukan. Bagi memelihara sekolah Cina ini dan mengelakkannya daripada ditutup kerana kekurangan pelajar, semua warga Sekolah Chin Hwa bersatu hati untuk menjayakan Program Sekolah IKON, dengan harapan dapat mengekalkan sekolah ini. Selain daripada usaha meningkatkan kandungan pembelajaran dan prestasi pelajar,pihak sekolah, lembaga pengurus sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, penduduk kampung dan kerajaan juga bekerjasama untuk meningkatkan kelengkapan fizikal dan infrstruktur sekolah. Kini Sekolah Chin Hwa dalam usaha membuat persediaan dan pengubahsuaian kawasan sekolah dan bilik darjah untuk menyambut murid PPKI menjelang tahun 2025.