Sekkizhar

Sekkizhar (Tamil: சேக்கிழார்) ialah seorang alim yang hidup dalam kurun ke-11, sezaman dengan Kulothunga Chola. Beliau menyusun dan menghasilkan Periya Puranam dalam 4253 ayat-ayat. Periya Puranam merakamkan riwayat hidup enam puluh tiga Nayanmar, para pengikut alim Shiva. Sekkizhar sendiri kemudiannya, diagungkan dan karyanya, Periya Puranam disanjung sebagai buku kedua belas dalam Thirumurai.

Sekkizhar juga disanjung sebagai ″Uthama Chola Pulavar″, bermaksud "Penyair Utama Chola".