Sejarah versi Android

Sejarah versi sistem operasi mudah alih Android bermula dengan pelancaran Android alpha pada 5 November 2007. Versi komersil pertama Android 1.0, dikeluarkan pada September 2008. Android secara berterusan dibangunkan oleh Google dan Open Handset Alliance, dan ia telah menyaksikan sejumlah kemas kini pada sistem operasi asas sejak keluaran asal.

Versi 1.0 dan 1.1 tidak diterbitkan menggunakan kod nama tertentu, tetapi sejak Android 1.5 Cupcake, 2009 versi Android mempunyai kod nama bertemakan manisan. Setiap satunya mengikut abjad, dengan versi yang paling baru-baru merupakan Android 7.0 Nougat, yang diterbitkan pada bulan Ogos 2016.

Kod nama Nombor versi Tarikh terbitan awal Tahap API Status sokongan
Alpha 1.0 23 September 2008 1 Tidak disokong
Beta 1.1 9 Februari 2009 2 Tidak disokong
Cupcake 1.5 27 April 2009 3 Tidak disokong
Donut 1.6 15 September 2009 4 Tidak disokong
Eclair 2.0 – 2.1 26 Oktober 2009 5 – 7 Tidak disokong
Froyo 2.2 – 2.2.3 20 May 2010 8 Tidak disokong
Gingerbread 2.3 – 2.3.7 6 Disember 2010 9 – 10 Tidak disokong
Honeycomb 3.0 – 3.2.6 22 Februari 2011 11 – 13 Tidak disokong
Ice Cream Sandwich 4.0 – 4.0.4 18 Oktober 2011 14 – 15 Tidak disokong
Jelly Bean 4.1 – 4.3.1 9 Julai 2012 16 – 18 Tidak disokong
KitKat 4.4 – 4.4.4 31 Oktober 2013 19 Tidak disokong
Lollipop 5.0 – 5.1.1 12 November 2014 21 – 22 Tidak disokong
Marshmallow 6.0 – 6.0.1 5 Oktober 2015 23 Disokong
Nougat 7.0 – 7.1.2 22 Ogos 2016 24 – 25 Disokong
O 8.0 Akan diumumkan 26 Beta

Satu Android versi KitKat eksklusif untuk Peranti Android Wear telah dikeluarkan pada 25 Jun 2014 dengan tahap IPU 20.