Sejarah (Herodotus)

Sejarah
Fragmen daripada Sejarah, Buku VIII pada Papirus Oxyrhynchus 2099 abad ke-2
Umum
PengarangHerodotus
NegaraYunani
BahasaYunani Kuno
GenreSejarah
Penerbitan
PenerbitPelbagai
Tarikh penerbitan
s. 430 SM

Sejarah (Yunani: Ἱστορίαι, Historíai; juga dikenali sebagai Histories atau The History ) oleh Herodotus (Yunani Purba: Ἡρόδοτος, rumi: Hēródotos; s. 484 – s. 425 SM) dianggap sebagai karya asas sejarah dalam kesusasteraan Barat. Walaupun ia rekod yang berat sebelah, ia tetap salah satu sumber terpenting Barat mengenai subjek ini. Tambahan pula, ia mewujudkan genre dan kajian sejarah di dunia Barat (walaupun ada catatan sejarah dan babad yang wujud sebelumnya).

Sejarah juga merupakan salah satu catatan terawal mengenai kebangkitan Empayar Parsi, serta peristiwa dan sebab-sebab Perang Yunani-Parsi antara Empayar Parsi dan negara kota Yunani pada abad ke-5 SM. Herodotus menggambarkan konflik ini sebagai pertembungan antara kuasa perhambaan (orang Parsi) di satu belah, dan kebebasan (orang Athens dan persekutuan negara kota Yunani yang bersatu menentang penceroboh) di belah lain. Sejarah pada suatu ketika dibahagikan kepada sembilan buku yang tersedia dalam edisi moden, secara konvensionalnya dinamakan sempena sembilan Muses.

Salinan tertua Sejarah oleh Herodotus adalah manuskrip dari zaman Byzantium yang berasal dari abad ke-9 dan ke-10 TM, (Codex Laurentianus (Codex A))