Sejarah-Sejarah (Polybius)

Sejarah-Sejarah
Umum
PengarangPolybius
BahasaYunani Kuno
GenreSejarah

Sejarah-Sejarah (Bahasa Yunani Kuno: Ἱστορίαι, Historíai) merupakan sebuah karya yang dikarang oleh Polybius. Ia asalnya merangkumi 40 buah jilid tetapi hanya lima jilid yang terawal sahaja masih lengkap. Kebanyakan karya ini terpelihara dalam koleksi petikan-petikan yang disimpan di dalam pelbagai perpustakaan di Empayar Byzantium. Polybius, seorang sejarawan dari sebuah kota Yunani iaitu Megalopolis, Arcadia, dibawa sebagai tebusan ke Rom berikutan kemenangan orang Rom dalam Perang Makedonia Ketiga (171–168 SM), dan di sana beliau mula mencatat kebangkitan Rom menjadi sebuah kuasa dunia.