Seismologi
Seismologi merupakan kajian gempa bumi dan gelombang anjal di bumi. Bidang ini jugaa termasuk kajian kesan gempa bumi, tsunami, gunung berapi, tektonik, lautan dan atmosfera.
Gempa bumi menghasilkan gelombang seismik yang bergerak melalui batuan bawah tanah. Seismologi mengkategorikan gelombang-gelombang ini kepada gelombang P (gelombang tekanan) dan gelombang S (gelombang ricih).
Antara pengaplikasian ilmu ini adalah dalam sistem ramalan gempa bumi. Namun, ahli seismologi masih sedang cuba menghasilkan satu sistem yang lebih mantap.