Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza
| Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza | |
|---|---|
| Konsert oleh Siti Nurhaliza | |
| Lokasi | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tempat | Arena Axiata |
| Tarikh | 9 Mac 2024 |
| Kehadiran | 10,000 |
| Kronologi konsert Siti Nurhaliza | |
Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza ialah sebuah konsert sehari yang dianjurkan oleh penyanyi Malaysia, Siti Nurhaliza pada 9 Mac 2024. Selaku konsert pertamanya sejak konsert jelajah terakhir pada 2019, ia bertempat di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan dihadiri oleh kira-kira 10 ribu orang penonton.