Sean Gunn
Sean Gunn | |
|---|---|
Sean pada tahun 2015 | |
| Kelahiran | 22 Mei 1974 |
| Pendidikan | DePaul University (BFA) |
| Pekerjaan | Actor |
| Tahun aktif | 1995–kini |
| Rakan kongsi domestik | Natasha Halevi (sejak 2016) |
| Saudara | James Gunn (abang) Matt Gunn (abang) Brian Gunn (adik) Mark Gunn (sepupu) |
Sean Gunn (lahir 22 Mei 1974) ialah seorang pelakon dari Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan peranannya sebagai Kirk Gleason dalam siri Gilmore Girls (2000–2007) terbitan The WB dan sebagai Kraglin Obfonteri dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Dalam peranan ini, beliau muncul dalam filem-filem Guardians of the Galaxy (2014), Guardians of the Galaxy Vol. 2 (2017), Avengers: Endgame (2019), Thor: Love and Thunder (2022), dan Guardians of the Galaxy Vol. 3 (2023), serta siri animasi What If...? dan filem televisyen The Guardians of the Galaxy Holiday Special (2022). Beliau juga memegang watak Weasel dan Calendar Man dalam filem terbitan Warner Bros./DCEU, The Suicide Squad (2021), dan mengulangi peranan sebagai Weasel dalam siri DC Universe di HBO Max, Creature Commandos (2024).
Beliau merupakan adik lelaki James Gunn, seorang pengarah filem.