Sea Ltd
| Jenis/bentuk sah | Awam |
|---|---|
| Didagangkan sebagai | NYSE: SE |
| ISIN | US81141R1005 |
| Industri | Perdagangan elektronik |
| Ditubuhkan | 2009 |
| Pengasas | Forrest Li |
| Ibu pejabat | Singapura |
| Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
| Tokoh penting | Forrest Li (Pengerusi) dan (CEO) Gang Ye(Pengarah) dan (COO) |
| Keluaran | |
| Anak syarikat | Bank Seabank Indonesia Lion City Sailors FC Garena SeaMoney Shopee |
| Tapak web | www |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Sea Limited (digayakan sebagai sea) ialah sebuah konglomerat teknologi yang beribu pejabat di Singapura. Ditubuhkan pada 2009 oleh Forrest Li, Sea pada asalnya ditubuhkan sebagai Garena, syarikat penerbitan dan pemaju permainan yang terkenal dengan Free Fire. Syarikat itu dijenamakan semula di bawah jenama Sea masa kini pada Mei 2017 selepas memperoleh pembiayaan bernilai AS$550 juta, walaupun jenama Garena dikekalkan untuk cabang hiburan digitalnya. Sea telah mempunyai 67,000 pekerja setakat 2022.
Sea pada masa ini berfungsi sebagai syarikat induk untuk Garena, SeaMoney, dan Shopee. Sejak 2020, Sea juga merupakan pemilik kelab bola sepak Liga Perdana Singapura Lion City Sailors FC, selepas Forrest Li memperoleh, menswastakan dan menamakan semula Home United.