Scientology
Scientology merupakan suatu gerakan agama baru yang utama di Amerika Syarikat. Ia mula muncul sejak bulan Mei 1952 hasil buah fikiran L. Ron Hubbard, seorang penulis cereka sains.
Hubbard pada asalnya mula membangunkan suatu pemikiran seakan pseudosains yang diberi nama Dianetics ("Dianetika") melalui suatu yayasan ditubuhkannya, Yayasan Dianetik (The Dianetics Foundation). Yayasan ini kemudiannya jatuh muflis, namun subjek ini diatur semula Hubbard mengikut struktur seakan agama lalu diberi nama Scientology, yang mengekalkan doktrin dan amalan berkaitan dianetika. Beliau kemudiannya mengabungkan "agama baru"nya dengan buku terbitannya di bawah suatu pertubuhan bernama "Church of Scientology".
Status gerakan ini serta cabang-cabang yang berkaitan ini berbeza mengikut pentadbiran negara cawangan. Ia pernah diiktiraf sebagai suatu agama yang sah - maka diberi pengecualian cukai sepertimana yang diperuntukkan untuk agama-agama konvensional - di Afrika Selatan, Australia, Sweden, New Zealand, Portugal dan Sepanyol; malah, ia tuurt diberikan hak pengecualian cukai di tempat asalnya di Amerika Syarikat pada tahun 1993. Beberapa pemerintah negara lain pula seperti Chile, Jerman dan Perancis pula melihat ia sebagai suatu kultus ajaran sesat.