Sawo manila

Sawo manila
Ciku
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Asterids
Order:
Keluarga:
Genus:
Manilkara
Spesies:
M. sapota
Nama binomial
Manilkara sapota
(L.) P.Royen
Sinonim

Lihat teks

Sawo manila, sauh menila, sawo atau ciku (nama botani: Manilkara zapota) merupakan spesies tumbuhan saka dalam genus Manilkara keluarga Sapotaceae. Ia tumbuh asal dari selatan Mexico, Amerika Tengah dan Caribbean; namun ia juga diperkenalkan di Asia Selatan dan Asia Tenggara di Filipina yang dijajah Empayar Sepanyol. Ia mudah beradaptasi kepada pelbagai jenis iklim tropika dan monsun yang ada di kawasan-kawasan ini. Tumbuhan ini menghasilkan buah manis yang boleh dimakan.