Sawai
| Sawai berkeceraian | |
|---|---|
| Gambar seorang ahli sufi Sudan dalam keadaan fana | |
| Pengkhususan | Psikiatri |
| sunting | |
Keadaan sawai (Jawi: ساواي) atau trans (Jawi: ترن س) ialah keadaan separa sedar di mana seseorang tidak mempunyai kesedaran diri dan sama ada tidak bertindak balas sepenuhnya terhadap rangsangan luar (tetapi bagaimanapun mampu mengejar dan mencapai sesuatu tujuan) atau responsif dengan dipilih dalam mengikut arahan orang (jika ada) yang mendorong keadaan sawai itu. Keadaan sawai boleh berlaku secara tidak sengaja dan tidak diminta.
Istilah sawai boleh dikaitkan dengan pukau, pertapaan, sihir, aliran, sembahyang, ubat psikedelik, dan keadaan kesedaran yang berubah.